Lama betul aku tak coretkan sesuatu di blog ku....buzzy memanjang katakan. Kerja sekolah banyak perlu di siapkan dan kerja kursus juga kena siapkan...Alhamdulillah kerja kursus telah pun dihantar. Yang tinggal hanya buat ulangkaji untuk peperiksaan pada 19 dan 20 Mei 2012...
Kali ini hidup aku tenang kerana tiada apa masalah yang timbul dalam hidup ku...suami ku pun nampak happy dan tenang...mungkin kepalanya sudah tidak serabut dengan masalah keluarga. Kali ni baru ku rasa hidup bahagia seperti kami di Johor Bahru.... Walau bagaimana pun...aku adakala terfikir salahkah aku...tapi ini semua demi jernihkan keadaan rumahtangga ku. Ku tahu ALLAH maha mengetahui segalanya. ALLAH memahami isihati ku....