Pages

Wednesday 11 April 2012

SAAT BAHAGIA......

Lama betul aku tak coretkan sesuatu di blog ku....buzzy memanjang katakan. Kerja sekolah banyak perlu di siapkan dan kerja kursus juga kena siapkan...Alhamdulillah kerja kursus telah pun dihantar. Yang tinggal hanya buat ulangkaji untuk peperiksaan pada 19 dan 20 Mei 2012...
Kali ini hidup aku tenang kerana tiada apa masalah yang timbul dalam hidup ku...suami ku pun nampak happy dan tenang...mungkin kepalanya sudah tidak serabut dengan masalah keluarga. Kali ni baru ku rasa hidup bahagia seperti kami di Johor Bahru.... Walau bagaimana pun...aku adakala terfikir salahkah aku...tapi ini semua demi jernihkan keadaan rumahtangga ku. Ku tahu ALLAH maha mengetahui segalanya. ALLAH memahami isihati ku.... 

Friday 24 February 2012

LUAHAN HATI PILU....

Kali ini...sekali lagi ku curahkan segalanya dalam blog ku ini. Hanya ini lah teman tempat ku luahkan perasaan... Yang di luar sana tiada siapa yang memahami diri ini.
Hidup ku makin tersepit diantara suami dan keuarga. Aku terasa amat lemah sekali dan tidak berdaya untuk ku teruskan hidup..... Semua ni kerana kesalahan kelahiran ku...aku aku tak wujud di dunia ini pasti tidak timbul hal begini. Aku lalui semua ini keseorangan....tiada siapa sudi bantu aku jernihkan keadaan... aku tidak mahu kekeruhan dan saling marah dalam hati. Ya Allah kau lembutkanlah hati-hati mereka.

Suami ku sekarang tidak seperti dulu...hatinya sudah keras akibat peristiwa yang sering melanda kami... Aku faham...dulu dia selalu berlembut...tapi orang sering mengata dia itu dan ini.... kini ku perhatikan dia jadi seperti yang sering di perkatakan oleh mak. aku tak mampu menangani persengketaan diantara mereka. Kenapa aku dilahirkan....hati ku tidak sekeras batu...aku mahukan keharmonian hidup...tapi ku tahu...kesabaran dan ketabahan ku memakan diri ku sendiri. Aku jadi serba salah...kedua-dua hati hendak ku jaga...ku tak mampu membuat pilihan kerana ku menyayangi kedua-dua lebih dari diri ku sendiri.
Ku teringat pada pesanan arwah abah pada ku.....Che Yah, mu harus kuat harungi kekeruhan yang sering berlaku..... Abah, Yah tahu abah tahu situasi Yah sekarang...dulu masa abah ada, perselisihan anak dan ibu tapi sekarang Yah sudah tersepit....apa yang harus orang buat abah....TOLONG LE ABAH. Abah tahu isi hati Yah. 
Ya....memang orang lihat aku tenang...tapi dalam hati menangis tak siapa tahu. Aku menangis seorang diri... Bila le keperitan hidup ku akan berakhir.......Adakah suasana keluarga ku akan jernih dan saling bertolak ansur....tapi untuk ku buat pilihan tidak sama sekali...ku tahu kedua dua pilihan ada kesannya pada diri ku.
Hari ini aku amat sedih...setiap saat hati ku menangis. Tapi yang paling teruk..terlintas di fikiran ku untuk pergi tinggalkan dunia ini. Innalillah....
Bila difikirkan timbul kekesalan pada diri ku.....kenapa aku begitu BODOH dulu.... Sesal kerana bawa suami dan anak balik bersama keluarga...alangkah bahagia waktu aku, suami dan anak jauh dari keluarga... Kebodohan ku yang ke 2, mendirikan rumah di tapak rumah mak.... knp aku tak ikut cakap suami dulu tinggal berasingan dan beli rumah....jgn guna sedikit pun harta keluarga. Alangkah baiknya jika masa tu boleh di undur tp sayang SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA... Sekarang aku tanggung le nasib hasil dari KEBODOHAN dan KEDEGILAN ku.
Petang tadi aku, ikut abe pergi tengok rumah yang bakal jadi milik kami bila siap nanti....Bila tengok, hati ni rasa nak tinggal di rumah tu...biar le ianya sederhana. Rumah tu baru aku dapat rasakan macam rumah aku sendiri.....tapi rumah sekarang ni macam mana. Oh tidak....aku juga sayang pada rumah ni...setiap bulan menahan perbelanjaan kerana bayar duit rumah ni....itu le silapnya...knp aku bina rumah di sini. Walhal ku sudah maklum aku memang tidak boleh duduk nga mak....mak selalu fikir negatif dan aku selalu tak elok dimatanya..... BODOHNYA aku..... ok le...lega sikit hai ku bila diluahkan dalam blog ini... ku nak sambung keje....

Friday 10 February 2012

RANJAU KEHIDUPAN

Lama betul aku tak menulis coretan....masa tak mengizinkan. ummphh.....mengeluh diri ini bila terkenangkan ranjau kehidupan ku sebagai seorang isteri, anak dan ibu... Bila ku kenangkan semua ranjau yang ku lalui, menitis air mata ini..namun siapa tahu isi hati ku ini. Bila le semua ni akan jadi seperti yang ku impikan.... Namun aku redha.
Sejak balik kampung ni...hati aku sering menangis. Kenapa semua ini perlu ku lalui... apa dosa ku. Terima lah ku seadanya... Ku akui memang sukar untuk menjaga hati seorang ibu dan suami... Tersepit yang amat sangat.... Tak siapa fahami isi hati dan impian ku... aku impikan sebuah keluarga yang harmoni dan saling memahami... Aku tahu...suami ku bukan seperti ku boleh bertahan dan sabar dengan semua keadaan yang berlaku....tapi tolong le fahami. Terimalah seadanya....ku sayang pada family ku dan suami serta anak ku...ku tak mahu kehilangan mereka. Allah benci pada hamba yang berdendam.....kiranya masing-masing keras dengan ego..sampai bila hidup ini akan ceria dan hormoni serta saling memahami. Aku tak mampu bersendirian....
Aku sebenarnya sudah penat nak lalui rintangan semua ni tapi ku cuba gagahkan juga....hanya Allah yang tahu keadaan aku..aku sering ketakutan...takut kehilangan orang-orang yang aku sayangi.... YA ALLAH...Tambahkan kekuatan dalam diri ku yang semakin lemah ini.. Aku tahu aku harus kuat...tiada siapa yang fahami kesakitan yang ku alami...
           Aku tak sepatutnya mengeluh...dan menyesal.... Larikan diri jauh-jauh ??? Itu juga tindakan yang betul. Aku harapkan suami dapat beri aku kekuatan untuk aku jaga silaturahim ini tapi ternyata lama-lama aku tersepit di tengah-tengah. Ku tahu itu bukan salah suami ku....dia bukan ada pertalian darah dan orang lain dalam family ku.... dan ku faham suami mana sanggup tengok isteri dia di kata macam...dan setiap malam menangis... Abang, tolong le...yang tak kisah hati ini sakit demi ikatan kekeluargaan...harapan ku sebelum aku kembali ke sisiNYA...ku nak rasa hidup bahagia dan tak mahu menangis lagi..... tak mahu hidup dalam ketakutan...takut tersinggung hati dan macam-macam le....
Setakat ni le....hati semakin sebak..dah basah saputangan menyapu air mata. Aku hanya mampu berdoa. Ya ALLAH berilah hamba mu petunjuk apa yang harus aku buat demi untuk kebaikan semua.

Tuesday 3 January 2012

SEKSA HIDUP......

Hidup aku kini bergolak lagi... Aku tidak mengerti apakah erti semua ini... Kenapa susah sangat untuk aku meneruskan kehidupan seperti orang lain... . Apa salah aku... Kenapa aku sering di persalahkan dan di pandang negatif.... teruk kah aku ni.... Bagaimana harus ku lakukan lagi... Kenapa tiada sesiapa pun memahami diri ku yang malang ni... Aku sudah cukup terseksa dan penat untuk lalui dugaan mu ya ALLAH.  Bukan niat dihati ini untuk menyusahkan semua org yang rapat dengan aku... Tiadakah sedikit kasih buat diri ini....aku sering dilafazkan dengan kata-kata yang sukar untuk seorang anak melupakannya... kata-kata itu sukar buatku lupakan...bila teringat hati ku sedih sekali.... Kenapa ini semua harus berlaku....jahat ke aku? Namun aku redha.... Hanya ALLAH yang maha mengetahui segala isihati ku...

Setiap detik ku tertanya.....bilakah situasi seperti ni akan berakhir... Sesekali aku terfikir...ingin ku bawa diri ini jauh-jauh... Hanya suami dan anak beri aku kekuatan untuk harungi liku hidup ini.. Terima kasih abang di atas segalanya... 
YA ALLAH BERILAH AKU KEKUATAN....

Saturday 12 November 2011

DOSA YANG LEBIH BESAR DARIPADA BERZINA




Dosa yang lebih besar dari berzina
Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Kerudungnya menutup hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.


Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil memberi salam.

Maka terdengarlah ucapan dari dalam,
"Silakan masuk"

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya
berderai tatkala ia berkata,
"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."

"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

"Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik..

"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina".

Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan,
"Dari perzinaan itu saya pun... hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik,
"Perempuan bejad, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa..

Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu.. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,
"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?"

Nabi Musa terperanjat.
"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?"
Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.
"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"

"! Ada!" jawab Jibril dengan tegas.

"Dosa apakah itu?" tanya Nabi Musa.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan
tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.


Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah. 

Wednesday 12 October 2011

Kebesaran Allah s.w.t

Mari Kita Cuba....!Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja?

Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk dikongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Taman Hati

Subhanallah...walhamdulillah...
La..ilaha illallah...wallahu akbar..

Oh, mengapa kau sepi membisu
Puspa layu di taman hatimu
Kali zikir dah lama mengalir lesu
Takdir Allah hikmah tak ketemu.

Cerah ia dengan puji utama
Bercahaya, kau tabah diuji
Merdu suara syahdu lagu jiwa bergema
Janji Allah mewarnai hati.

Biru laut mengalun pecah pantai
Biru lagi tasik hati mu
Hijau daun memaut patah tangkai
Hijau lagi taman hati mu

Allah, kami lemah tapi tak kan lelah
Lamar cinta-Mu ke taman hati
Allah, kami rindu tak kan pernah jemu
Taman syurga-Mu saujana abadi.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...